myspace graphic
_
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (QS.98:5)

Blogger news

~ ءَاجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَ اللهُ لَكَ اطَهُوْرً ~

Senin, 30 Mei 2011

Tarbiyah Asas Pembentukan


Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk menolehkan pandangan pada tarbiyah, beliau menegaskan akan pentingnya keteguhan setiap individu terhadap tarbiyah dan mujahadah’

(kesungguhan) sehingga menjadi tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.

Beliau berkata :

“Bahwa ma’rakah’ (perjuangan) kita paling utama adalah tarbiyah” yang disuburkan di tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah ibarat fatamorgana yang menipu.”

Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa pembangunan generasi merupakan suatu kemestian dalam usaha untuk melakukan pengislahan dan di antara keistimewaan dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan berjalan dengan tarbiyah yang mampu mengukuhkan kewujudan dan pewarisan (tawrits) dakwah dan perkara tersebut merupakan bentuk yang menakjubkan dalam jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-satunya jalan untuk :

1. Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.

2. Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.

3. Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.

Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :

a. Memerlukan jalan yang panjang dan berat.

b. Memiliki banyak rintangan dan hambatan.

sehingga tidak ada yang mampu bersabar melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja.

Namun hanya ini merupakan satu-satunya jalan menuju satu tujuan dan tidak ada alternatif lainnya sehingga dengan itu pula Al-Ikhwan menamakan gerakan ini dengan sebutan :

“Madrasah pembinaan dan pembentukan yang diasaskan di atas manhaj yang komprehensif dan agung”.

Ia adalah :

1. Madrasah yang menjadikan agama sebagai sumber kehidupan.

2. Madrasah yang mampu mentarbiyah potensi individu.

3. Madrasah yang melakukan perjanjian dengan individu yang ditarbiyah.

4. Madrasah yang membentuknya memiliki sifat-sifat amilin yang soleh dan sempurna samada dari sudut kefahaman mahupun keyakinan, akhlak dan perilaku sehingga menghadirkan contoh yang agung sepanjang sejarah dan perjalanannya.

Sesungguhnya ia menjadi sebaik-baik madrasah.

Jika sekiranya tidak ada tarbiyah, maka Al-Ikhwan tidak akan mampu menghadapi zionis dan mengalahkannya ketika berlakunya peperangan di bumi Palestin menghadapi pasukan Inggeris di terusan Suez.

Begitu pula dengan tarbiyah yang mantaplah yang menjadikan mereka teguh dalam menghadapi berbagai ujian, cubaan, penjara, siksaan dan celaan yang mendera mereka.

Imam Hasan Al-Banna merupakan pengasas madrasah ini di saat berlakunya perubahan pada sisi Islam yang mulia dari sekadar pandangan-pandangan yang bersifat teori yang terdapat dalam buku-buku kepada alam realiti yang dapat dirasakan dan disentuh melalui tarbiyah dan takwin.

Beliau menegaskan akan peri pentingnya memantau barisan dan membersihkannya dari kelemahan di mana beliau berkata :

“Jika di antara kamu ada kelompok yang sakit hatinya, menyembunyikan tujuan terselubung, ketamakan yang ditutupi dan kecewa pada masa lalu, maka keluarkanlah semuanya dari jiwa kamu kerana yang demikian itu akan menjadi pembatas masuknya rahmat, penutup masuknya cahaya dan taufik ke dalam hati”.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN TARBIYAH

Imam Hasan Al Banna berkata tentang tarbiyah :

“Bahawa dakwah Al-Ikhwan memiliki keistimewaan khusus dengan ciri-ciri yang berbeza dari dakwah-dakwah yang lain; samada yang semasa dengannya atau pada masa lainnya dan di antara ciri-cirinya adalah perhatiannya terhadap pembentukan dan memiliki tahapan dalam setiap langkah-langkahnya”.

Pembentukan dan tarbiyah yang kukuh menurut Al-Ikhwan memiliki ciri-ciri dan keistimewaan khusus yang tidak boleh diingkari oleh para murabbi, iaitu di antaranya:

1. At-Tarbiyah Ar-Rabbaniyah (Tarbiyah Rabbaniyah) bahwa kita memiliki dakwah rabbaniyah yang setia kepadanya dan di antara ciri-ciri khas dakwah rabbaniyah ini adalah :

a. Al-Masdar Ar-Rabbani (Sumber Yang Rabbani) dengan erti bahwa dakwah ini menerima segala perintahnya dari Allah, berjalan sesuai dengan kehendak Allah dan sesuai dengan apa yang telah diwajibkanNya ke atas kita.

b. Al-Ittijah Ar-Rabbani (Arah Yang Rabbani) dengan erti bahwa kami hanya berharap segala usaha dan kerja kami hanya kerana Allah dan mencari redhaNya dan dari sini, kami semua bebas dari berbagai tuduhan (seperti tujuan menghalalkan segala cara); kerana kami berusaha menjadikan arah Rabbani sebagai manhaj kami.

c. Al-Wasilah Ar-Rabbaniyah (Wasilah Yang Rabbani) iaitu bahawa kami tidak berjalan dalam melakukan perubahan menggunakan wasilah lain yang ditolak oleh syariat sehingga mampu mewujudkan tujuan yang rabbani.

2. At-Tarbiyah As-Syumuliyah (Tarbiyah Yang Menyeluruh) iaitu tarbiyah yang mencakupi berbagai potensi jiwa manusia (akal, perasaan dan perilaku), sehingga memberikan pembentukan pada segala potensi tersebut haknya dalam melakukan perubahan dan sempurna dalam melakukan proses perubahan tarbiyah. Jika tidak, maka perubahan yang kita lakukan merupakan perubahan yang sia-sia dan hampa dan hanya menghasilkan individu yang hampa pula.

3. At-Tarbiyah Al-Wasatiyah (Tarbiyah Yang Bersifat Pertengahan) iaitu tidak ada ‘ifrat’ (pengurangan) dan ‘tafrith’ (berlebihan) di dalamnya, tidak cenderung pada satu sisi terhadap kepentingan sisi tertentu, tidak berlebihan pada satu perkara dan tidak mengindahkan perkara lainnya, namun menggunakan segala perkara dengan seimbang, adil dan jalan pertengahan.

4. At-Tarbiyah Al-Insaniyah (Tarbiyah Yang Manusiawi) iaitu terbiyah yang membuka interaksi dengan jiwa manusia bukan benda mati; yang dalam perjalanannya menggunakan sunnah Ilahiyah dalam berinteraksi dengan jiwa manusia dan menyedari bahawa setiap jiwa memiliki prinsip-prinsip, sendi-sendi, ciri-ciri, perasaan dan sentuhan yang mesti sentiasa diperhatikan.

5. At-Tarbiyah Al-Manhajiyah (Tarbiyah Yang Bertahap) iaitu tarbiyah yang sentiasa bertahap dalam langkah-langkah dan fasa pembentukannya sesuai dengan prinsip bertahap dan sesuai dengan konsep yang tersusun rapi, tergambar dan jelas ciri-cirinya, tidak terburu-buru, tidak mendahului realiti dan tidak melampaui tingkatan tangga tarbiyah yang diidam-idamkan kerana barangsiapa yang tergesa-gesa sebelum tiba waktunya maka akan mengalami penyesalan.

6. At-Tarbiyah Al-Mustamirrah (Tarbiyah Yang Berkesinambungan) iaitu tarbiyah yang dimulai dari semenjak kelahiran hakiki jiwa manusia; dengan konsep komitmen terhadap dakwah dan tarbiyah, bahkan mungkin dimulai pada umur baligh, kemudian diteruskan sesuai dengan perjalanan hidupnya secara sistemik hingga akhir hayatnya; iaitu kerja tarbiyah yang tidak pernah berhenti. “Dan Beribadahlah kepada Tuhanmu hingga datang kematian” (QS Al-Hijr : 99), kerana itu seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dirinya memiliki tingkat paling atas (senioriti) dalam kerja tarbiyah walauapapun posisinya.

7. At-Tarbiyah Al-Ijabiyah (Tarbiyah Yang Positif) iaitu dakwah menuju cita-cita yang waqi’ie dan keberkesanan dalam kerja, terfokus pada pembahasan tentang jiwa yang positif yang dimulai dari dalam diri, terfokus padanya dan berusaha meningkatkan potensi yang ada di dalamnya, menggelorakan jiwa yang positif dan konstruktif, efektif dan produktif serta menyebarkan jiwa optimis dalam diri.

8. At-Tarbiyah Al-Waqi’iyah (Tarbiyah Yang Realistik) iaitu tarbiyah yang dimulai dari jiwa seadanya, berkomunikasi sesuai dengan keadaan dan realiti yang melingkunginya.

9. At-Tarbiyah Al-Murunah (Tarbiyah Yang Anjal) iaitu tarbiyah yang seiring dengan keadaan amal dakwah iaitu menyangkut individu dan masyarakat yang melingkunginya.

10. At-Tarbiyah Al-Harakiyah (Tarbiyah Yang Sentiasa Dinamik Dalam Bergerak) iaitu tarbiyah yang dibangun di atas asas pembinaan medan yang realistik, bukan sekadar ideologi atau teori semata-mata.

11. At-Tarbiyah Ad-Daqiqah Wal Amiqah (Tarbiyah Yang Kukuh dan Mendalam) iaitu tarbiyah yang bukan hanya nampak pada permukaan semata-mata, namun meresap ke dalam lubuk hati manusia dalam berbagai ajaran, wasilah dan bentuk-bentuknya.

KANDUNGAN TARBIYAH

Al-Ikhwan telah memberikan batasan tentang konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut :

1. Cara yang bersinergi dalam berinteraksi dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan langsung; samada dengan kata-kata atau qudwah (keteladanan), sesuai dengan manhaj dan wasilah khusus bagi melakukan perubahan ke atas manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial dan politik, akal dan jiwa, ilmu pengetahuan dan seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang mengarah kepada pengislahan perilaku dan bekerja untuk mewujudkan insan soleh yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan yang lain, (dalam pandangan dan ideologi, perasaan dan sentuhan rasa, tujuan dan wasilahnya), pembentukan yang menembusi ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam bentuk nyata semata-mata, yang direfleksikan dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu pada individu atau peribadi yang ditarbiyah.

Maka dari orang yang teguh dengan tarbiyah, mampu melintasi jalan panjang yang menyebar serta menyentuh setiap individu, keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan bangunan Islam yang lengkap; dengan memperhatikan tahap-tahap perubahan yang diidam-idamkan; “pengetahuan, perasaan dan perilaku” atau “jiwa, hati dan raga”, sebagai manhaj untuk melakukan pembentukan yang dimulai oleh individu.

TARBIYAH BEKALAN UTAMA DALAM DAKWAH

Mana mungkin kita akan berterusan dalam dakwah kecuali jika kita cukup bekalan tarbawi kerana orang yang tidak cukup bekalan tidak akan dapat memberi tarbiah kepada orang lain.

Tarbiyah sepatutnya menjadi syiar kita dalam dakwah malah ia seharusnya menjadi keutamaan kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan kita dan yang semestinya dijadikan sebagai realiti di medan.

Kita pindahkan segala teori kepada praktikal serta pelaksanaan yang mendalam.

Di antara ciri-ciri tarbiah adalah :

  1. Menghimpunkan.
  2. Menyusun.

Intima’ kita bukan sekadar intima’ fikrah semata-mata atau emosi sahaja atau haraki semata-mata malah intima’ kita dengan dakwah ini terbahagi kepada tiga rukun :

  1. Intima’ fikri pada akal.
  2. Intima’ hati di jiwa.
  3. Intima’ haraki pada anggota tubuh badan.

Maka tarbiah yang sebenar yang fahami oleh Al-Ikhwan adalah secara tanzimi (tersusun) dan tajmi’ (menghimpunkan).

Ya Allah kekalkanlah diri kami di atas jalan tarbiyah ini yang akan memantapkan penggabungan kami terhadap harakah yang berkat ini meliputi pemikiran, hati dan pergerakan kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Dakwah.Info

Asas - Asas Bangunan Dakwah

Membangun kekuatan dakwah yang mutlak memerlukan perajurit yang memiliki visi perjuangan yang jelas kerana kefahaman dan persepsi seseorang sangat memberi pengaruh kepada sikapnya.

Asas kepada sebuah bangunan dakwah yang kukuh ada tiga (3) iaitu :

  1. Kefahaman terhadap visi perjuangan.
  2. Kekuatan niat yang mengiringinya.
  3. Kekuatan amal yang dilaksanakan.

Ketiga-tiga asas di atas akan memberi aliran semangat yang tidak pernah kenal lemah bagi para pendakwah.

KEFAHAMAN TERHADAP VISI PERJUANGAN

Tanpa memiliki fikrah yang jelas, dakwah akan :

  1. Kehilangan ‘bashirah’.
  2. Miskin ketajaman langkah.
  3. Mudah terjebak oleh suasana yang menipu.
  4. Dilanda fitnah.

Perjalanan dakwah yang panjang, diikuti oleh karakteristik fasa yang dilaluinya mestilah disedari oleh setiap pendakwah.

Tidak sedikit orang yang gugur di jalan dakwah kerana tidak faham dengan langkah-langkah dan strategi umum dakwah di mana :

  1. Wujud ketidaksabaran dan sikap tergesa-gesa yang mendorong seseorang untuk memetik buahnya sebelum masak.
  2. Ada juga sebaliknya iaitu yang justeru seolah-olah terseret dan tidak mampu mengikuti sifat dinamik dakwah.
  3. Kurangnya kreativiti, inovasi, apalagi kerja kuat dalam kerja dakwah. Kadangkala, ada yang terlampau ‘jumud’ sehingga sentiasa menunggu untuk diperintah, bagaikan gong yang tidak akan berbunyi jika tidak dipukul.

Selain memahami ‘khittah’ (perancangan) dakwah, para pendakwah juga mesti memahami dengan jelas apa sahaja rintangan dan halangan yang akan dihadapi dalam dakwah.

Perjuangan dakwah mempunyai khazanah pengalaman yang berharga di mana selain jalannya yang panjang, ianya juga bukan jalan yang ditabur dengan bunga dan intan berlian bahkan ianya umpama hutan belantara yang penuh dengan duri dan binatang buas. Selain itu, seorang pendakwah juga mestilah memahami petunjuk-petunjuk atau ‘manhaj’ dakwah.

Apabila kefahaman tentang fikrah dakwah ini telah dimiliki, maka kewajiban lain adalah menjaga agar kefahaman yang baik itu tetap stabil. Ertinya, dalam menghadapi berbagai persoalan, seorang pendakwah tidak akan terjerumus kepada pendapat individu yang bertentangan dengan ‘grand design’ yang telah ditetapkan oleh perancangan dakwah.

Namun demikian, kelurusan visi dakwah juga mesti terus diasah melalui interaksi yang lebih mendalam dengan komuniti dakwah. Informasi sekitar langkah dan urusan dakwah seharusnya diterima melalui alur dan sumber yang jelas.

Dalam sesebuah organisasi dakwah, ada saluran informasi yang betul di mana ini adalah salah satu pelajaran dari firman Allah swt :

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Padahal kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya dapat mengetahui dari mereka.”(QS An-Nisaa’ : 83)

Sikap ini penting dijaga agar bangunan dakwah tidak hancur berantakan.

Seorang penyair pernah bermadah :

“Jika ada seribu pembangun, seorang penghancur sahaja sudah cukup. Bagaimana dengan seorang pembangun apabila dibelakangnya ada seribu penghancur?”

KEKUATAN NIAT YANG MENGIRINGI

Ikhlas niat adalah sebuah kekuatan yang hebat bagi perjuangan para pendakwah. Ia berjuang hanya mengharapkan apa yang ada disisi Rabbnya bukan selain itu kerana jika tidak, ia pasti akan kecewa dan tidak akan mendapat hasilnya.

Seorang pendakwah mestilah sentiasa sensitif dalam niatnya agar jangan sampai keikhlasan hati dalam berdakwah dikotori oleh :

  1. Kekuasaan.
  2. Harta benda.
  3. Lawan jenis.

Keikhlasan niat mestilah dijaga dari sebelum melakukan sesuatu sehinggalah setelah melakukan perbuatan tersebut di mana seluruh fokus kehidupannya hanyalah untuk Allah swt kerana Allah swt hanya menerima amal sesiapa yang menghajatkan diri kepadaNya semata-mata dan Allah swt tidak memerlukan sekutu apapun dalam setiap perbuatan manusia.

Orang yang faham mestilah sentiasa ikhlas terhadap kefahaman ilmunya sedangkan orang yang ikhlas mestilah faham dalam mengamalkan apa yang difahaminya sehingga akan lahirlah amal yang ‘hebat’ kerana ditegakkan oleh kefahaman dan ikhlas.

Ketika seseorang mempersembahkan sesuatu hanya khusus bagi orang yang dicintainya, ia tentulah akan mempersembahkan yang terbaik dan paling istimewa untuknya; bukan yang biasa-biasa sahaja, apalagi yang berkualiti buruk.

Demikian pula orang yang ikhlas yang mempersembahkan amalnya hanya untuk Allah, Penciptanya di mana ia hanya akan mempersembahkan amalan terbaik dan paling istimewa untuk-Nya.

Akhirnya, ikhlas sesungguhnya akan membuahkan ihsan, yakni melakukan amalan terbaik sesuai dengan yang apa yang Allah kehendaki.

Jika dikaitkan dengan aktiviti dakwah, dakwah yang ikhlas adalah dakwah :

  1. Yang berkualiti.
  2. Yang terbaik.
  3. Yang optimum.

Seorang pendakwah yang ikhlas akan sentiasa melakukan dakwah yang berkualiti, yang terbaik dan optimum untuk dipersembahkan kepadaNya. Ringkasnya, ia akan memiliki ihsan dalam dakwahnya.

Sebaliknya, pendakwah yang tidak ikhlas atau kurang ikhlas, amal dakwahnya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja, seolah-olah amal dakwahnya bukan kerana Allah.

Seorang ulama’ pernah menulis beberapa ciri pendakwah yang tidak atau kurang ikhlas dalam dakwahnya seperti berikut :

  1. Hanya memberikan waktu yang tersisa bagi dakwahnya.
  2. Bermalas-malasan dalam menunaikan amanah dakwahnya.
  3. Sesekali berdakwah, tetapi seringkali meninggalkan dakwah.
  4. Jika ada ruang dan kesempatan, ia akan berusaha untuk melemparkan beban kewajiban dakwah kepada orang lain lalu berlepas diri dari dakwah.
  5. Dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam merancang dan melaksanakan amanah dakwah serta tidak berusaha untuk menghasilkan dakwah yang terbaik dan optimum.
  6. Mudah putus asa, bahkan gugur di jalan dakwah ketika dihadapkan dengan berbagai rintangan dakwah.

Dengan merenungkan keenam ciri-ciri di atas, seseorang yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tentulah boleh menilai apakah dakwahnya merupakan dakwah yang ikhlas atau tidak.

Dengan itu, ia akan dapat memastikan apakah selama ini amalan dakwahnya diterima oleh Allah swt ataupun tidak. Jika

tidak, betapa ruginya kerana Allah dan RasulNya telah menempatkan dakwah pada kedudukan yang sangat terpuji.

Lebih dari itu, dakwah adalah ‘fardhu’ bagi kaum muslimin. Bahkan dakwah adalah kewajiban yang mesti dilakukan dan tidak boleh diganti dengan sesuatu ‘kafarah’ apapun jika ditinggalkan.

Adalah wajar jika para Nabi dan para Rasul Allah menjadikan dakwah sebagai teras hidup mereka. Diceritakan bahwa Nabi Nuh as berdakwah tidak kurang dari 950 tahun dan usaha itu ia lakukan siang dan malam.

Demikian juga yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah saw selama 23 tahun sejak baginda diangkat sebagai Utusan Allah.

Ini sekaligus menunjukkan betapa ikhlasnya para Nabi dan Rasul Allah dalam melaksanakan aktiviti dakwah mereka. Jika tidak mana mungkin mereka mempertaruhkan usia, tenaga, fikiran, harta bahkan nyawa mereka di jalan dakwah.

KEKUATAN AMAL YANG DILAKSANAKAN

Amal yang benar adalah hasil dari ilmu yang benar dan keikhlasan niat. Hendaknya seorang pendakwah menjaga sikap istiqamah dan keseimbangan dalam beramal.

Amal yang sedikit lebih baik daripada amal yang banyak tapi tidak berterusan dan ia juga mesti seimbang serta sekata dalam perlaksanaan amal-amal Islam serta tidak mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lainnya.

Selain itu seorang pendakwah mestilah mempunyai kesungguhan dalam amal dakwahnya di mana ia memiliki kerelaan untuk bekerja kuat serta sanggup menderita demi sesuatu yang diyakininya sebagai kebenaran.

Manusia yang memiliki akal akan mengerti tentang berharganya cincin berlian di mana mereka sanggup berkelahi untuk merebutkannya tetapi anjing yang berada dekat dengan cincin berlian itu tidak akan pernah menghargai cincin berlian itu sebaliknya ia akan terus berlari mengejar tulang yang ada di situ lalu mencari tempat untuk memuaskan kerakusannya.

Apabila kita memandang sesuatu benda bernilai itu sangat berharga, maka kita akan rela berkorban dan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk :

a. Mendapatkannya.

b. Menjaganya.

c. Mempertahankannya.

Sebaliknya, jika kita memandang sesuatu benda tersebut tidak cukup berharga untuk kita perjuangkan, maka jangan harap kita akan tergerak untuk berkorban dan berjuang dengan penuh kesungguhan.

Hingga pada akhirnya kesungguhan dalam dakwah memang bergantung kepada :

1. Bagaimana persepsi pendakwah terhadap dakwah itu sendiri.

2. Seberapa pentingnya dakwah tersebut bagi pendakwah itu.

3. Seberapa sesuainya dakwah untuk diperjuangkan dengan penuh kesungguhan.

Namun di sana ada masa-masanya ketika komitmen seorang pendakwah dibenturkan dengan berbagai kesukaran dan masalah maka, itulah saatnya untuk mengetahui akan kualiti kesungguhannya.

KESEDARAN AKAN BEBAN DAN AMANAH DAKWAH

Dalam banyak kegiatan dakwah, ketika kita melakukan penilaian terhadap setiap kegiatan dalam organisasi kita, ada satu masalah klasik yang sentiasa menghantui kita dalam setiap hasil penilaian tersebut iaitu masalah sumber tenaga pendakwah di mana ia bukanlah sebuah masalah, namun ia justeru merupakan fitrah dari dakwah itu sendiri.

Ini tidaklah bermaksud untuk mencari pembenaran ke atas kekurangan yang ada pada kerja-kerja dakwah, tapi untuk mempertegaskan bahwa dalam sejarah perjalanan dakwah, jumlah ‘rijal’ yang menyeru kepada kebaikan dan kebenaran sentiasa jauh lebih sedikit dari orang-orang yang memerlukan dan harus ‘diselamatkan’ oleh dakwah.

Keadaan ini kerap kali meletakkan kita pada posisi yang tidak mempunyai pilihan lain atau perlu menetapkan pilihan yang serba sukar.

Begitu banyak amanah yang harus dipikul sementara sumber tenaga manusia begitu terbatas samada :

a. Jumlahnya yang tidak mencukupi.

atau

b. Kualitinya yang tidak merata dan seimbang.

Dalam konteks ini, pengertian amanah yang ‘overload’ pada seorang pendakwah menjadi persoalan yang sering diperdebatkan.

Bukankah dakwah itu sendiri memang berat?

Bukankah sudah menjadi kepastian bahwa bagi seorang pendakwah, bebannya lebih besar dari kebanyakan orang sehingga sudah tidak pada tempatnya lagi jika seorang pendakwah masih mengharapkan waktu senggang dan kesenangan-kesenangan seperti orang-orang lain yang tidak memikul amanah dakwah?

Kesenangan dan hiburan bagi pendakwah hanyalah untuk memulihkan stamina agar dapat terus melangkah di jalan yang panjang ini dan perasaan kebersamaan para pendakwah adalah hiburan dan kesenangan bagi mereka samada kebersamaan dalam menanggung beban, tertawa bersama dan menangis bersama di mana ianya adalah sebahagian dari kebahagiaan di atas jalan dakwah.

Kesungguhan seorang pendakwah akan mendorongnya untuk sensitif dan responsif terhadap permasalahan dakwah. Ia akan merasakan bahwa permasalahan dakwah adalah juga masalah peribadinya, kerana ia sangat menyedari bahwa setiap orang bertanggungjawab atas dirinya sendiri.

Allah azza wa jalla akan meminta pertanggungjawaban dari setiap peribadi atas semua yang dilakukan dan yang tidak dilakukannya. Amanah-amanah yang merupakan sebahagian dari projek dakwah dan beban organisasi, ketika tidak dilaksanakan dengan baik atau terabai, akan menjadi tanggungjawab dari setiap individu pendakwah sebagai sebahagian dari organisasi itu sendiri.

Ketika Bani Israil diperintahkan untuk tidak mencari ikan di hari Sabtu, sebahagian dari mereka cuba untuk melanggar perintah ini dengan memasang perangkap ikan di hari Jumaat dan mengambil hasil tangkapannya pada hari Ahad.

Sebahagian yang lain tetap mentaati perintah Allah, memberikan peringatan kepada saudara-saudaranya yang melanggar namun peringatan mereka diremehkan dan bahkan dikatakan bahwa pelanggaran itu bukanlah urusan mereka.

Orang-orang yang memberikan peringatan ini, mengatakan bahwa mereka memberikan ‘taushiyah’ itu agar mereka mempunyai hujjah atau bukti di hadapan Allah bahwa mereka telah melakukan sesuatu semampu mungkin dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, walaupun hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.

Kisah tersebut mengajarkan kepada kita bahwa kewajiban berdakwah tidaklah gugur hanya kerana mad’u kita menolak dakwah ini. Ia tidak pula gugur kerana saudara-saudara kita meninggalkan dakwah, melalaikan amanah-amanahnya dan meninggalkan kita berjuang sendirian kerana masalah dakwah adalah masalah pertanggungjawaban kita seorang diri di hadapan Allah sehingga kita mempunyai hujjah dihadapan Allah bahwa kita telah melakukan yang terbaik yang kita boleh dan biarkanlah Allah, para rasul dan orang-orang yang beriman yang menilai kerja kuat kita.

Ada satu ungkapan yang indah untuk direnungkan :

“Organsisai itu terdiri dari

1. Material.

2. Sumber Tenaga Manusia.

3. Nilai.

Jika nilai menjadi orbit material dan sumber tenaga manusia maka organisasi itu sihat.

Jika manusia yang jadi orbit nilai dan material, maka organisasi itu sudah sakit.

Jika material yang yang jadi orbit manusia dan nilai, maka organisasi itu mati”.

Ya, Allah tambahkanlah untuk kami keikhlasan niat, kedalaman ilmu, kelapangan hati, kebersihan jiwa, kejernihan fikiran, lautan kesabaran, samudera kelembutan serta indahnya cinta dan kasih sayang dalam ukhuwah dalam kami memikul amanah dakwah dan tarbiyah di jalanMu sehingga kami mendapat keridhaanMu di akhirat nanti.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

Pengurus JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

Ahlul Kitab : Dulu & Kini



Sesungguhnya agama yang diakui Allah adalah al-Islam. Dan tidaklah kaum yang diberi al-Kitab itu berselisih paham, kecuali setelah datangnya bukti yang meyakinkan karena kedengkian di antara mereka.” (QS Ali Imran: 19).
AL-Quran juga menyebutkan bahwa kaum ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) memang tidak sama. Ada yang kemudian beriman kepada kenabian Muhammad saw. Jumlahnya sedikit (QS 2:88). Tetapi sebagian besar fasik. (QS 3:110). Di zaman Rasulullah saw, ada dua tokoh Yahudi yang terkemuka yang akhirnya memeluk Islam, beriman kepada risalah yang dibawa Nabi Muhammad saw. Keduanya, yakni Hushein bin Salam dan Mukhairiq, menjadi bahan cemoohan kaumnya sendiri. Jika sebelumnya mereka sangat dihormati, setelah masuk Islam, mereka dikucilkan.
Moenawar Khalil, dalam bukunya, Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad saw (Jakarta: GIP, 2001), menceritakan, Hushein bin Salam kemudian diganti namanya oleh Rasulullah saw menjadi Abdullah bin Salam.
Dia pernah membuktikan bagaimana sikap kaumnya terhadap dirinya. Suatu ketika, kaum Yahudi datang kepada Rasulullah, saat Abdullah bin Salam sedang di sana. Dia berpesan kepada Rasulullah agar menanyakan kepada kaumnya, bagaimana pandangan mereka terhadap dirinya. Saat kaum Yahudi datang, Rasulullah saw bertanya pada mereka, bagaimana pandangan mereka terhadap Husein. Yahudi menjawab: ”Ia adalah sebaik-baik orang kami dan sebaik-baik anak lelaki orang kami. Ia adalah semulia-mulia orang kami dan anak lelaki dari seorang yang paling alim dalam golongan kami, karena dewasa ini di kota Madinah tidak ada seorangpun yang melebihi kealimannya tentang kitab Allah (Taurat).”
Kaum Yahudi itu memuji-muji Abdullah. Kemudian Abdullah muncul dan mengajak kaum Yahudi untuk beriman pada kenabian Muhammad saw. Abdullah mengatakan kepada kaumnya, bahwa mereka sebenarnya telah memahami Muhammad adalah utusan Allah, sebab sifat-sifatnya telah disebutkan dalam Kitab mereka.
Mendengar ucapan Abdullah bin Salam, kaum Yahudi berbalik mencaci maki, dan menuduhnya sebagai pendusta. Sebab, dia sudah tidak lagi memeluk agama Yahudi. Ketika itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw: ”Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Qur'an itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang disebut dalam) Al Qur'an lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".(QS Al-Ahqaf ayat 10)
Setelah kabar keislaman Abdullah bin Salam tersiar di kalangan kaum Yahudi, maka mereka dengan congkak dan sombong mengata-mengatai, mencaci-maki, menghina, menjelek-jelekkan dan memusuhinya dengan sekeras-kerasnya. Abdullah bin Salam tidak mempedulikan caci maki keluarga dan kaumnya. Dia terus bertahan dalam Islam dan termasuk sahabat Nabi dari kaum Anshar. Ia meninggal tahun 43 H di Madinah, di masa Khalifah Mu’awiyah.
”Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh. Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahala) nya; dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa.” (QS Ali Imran ayat 113-115)
Abdullah bin Salam termasuk diantara kaum Yahudi yang menyimpang dari tradisi kaumnya yang menolak kenabian Muhammad saw. Ia berani menentang tradisi kesombongan kaumnya sendiri. Di antara kaum Yahudi, ada juga yang berani mengkritik ajaran agamanya dan praktik-praktik kebiadaban kaumnya sendiri, meskipun mereka tidak sampai memeluk agama Islam. Salah satunya adalah Dr. Israel Shahak. Guru besar biokimia di Hebrew University ini memang bukan Yahudi biasa. Dia tidak seperti sebagaimana kebanyakan Yahudi lainnya, yang mendukung atau hanya bengong saja menyaksikan kejahatan kaumnya. Suatu ketika, saat dia berada di Jerusalem, pakar biokimia dari Hebrew University ini menjumpai kasus yang mengubah pikiran dan jalan hidupnya. Saat itu, hari Sabtu (Sabath) Shahak berusaha meminjam telepon seorang Yahudi untuk memanggil ambulan, demi menolong seorang non-Yahudi yang sedang dalam kondisi kritis.
Di luar dugaannya, si Yahudi menolak meminjamkan teleponnya. Orang non-Yahudi itu pun akhirnya tidak tertolong lagi. Prof. Shahak kemudian membawa kasus ini ke Dewan Rabbi Yahudi – semacam majlis ulama Yahudi – di Jerusalem. Dia menanyakan, apakah menurut agama Yahudi, tindakan si Yahudi yang tidak mau menyelamatkan orang non-Yahudi itu dapat dibenarkan oleh agama Yahudi. Lagi-lagi, Prof. Shahak terperangah. Dewan Rabbi Yahudi di Jerusalem (The Rabbinical Court of Jerusalem) menyetujui tindakan si Yahudi yang mengantarkan orang non-Yahudi ke ujung maut. Bahkan, itu dikatakan sebagai ”tindakan yang mulia”. Prof. Shahak menulis: ”The answered that the Jew in question had behaved correctly indeed piously.”
Kasus itulah yang mengantarkan Prof. Shahak untuk melakukan pengkajian lebih jauh tentang agama Yahudi dan realitas negara Israel. Hasilnya, keluar sebuah buku berjudul Jewish History, Jewish Religion (London: Pluto Press, 1994). Dalam penelitiannya, ia mendapati betapa rasialisnya agama Yahudi dan juga negara Yahudi (Israel). Karena itulah, dia sampai pada kesimpulan, bahwa negara Israel memang merupakan ancaman bagi perdamaian dunia. Katanya, “In my view, Israel as a Jewish state constitutes a danger not only to itself and its inhabitants, but to all Jew and to all other peoples and states in the Middle East and beyond.”
Sebagai satu ”negara Yahudi” (a Jewish state), negara Israel adalah milik eksklusif bagi setiap orang yang dikategorikan sebagai ”Jewish”, tidak peduli dimana pun ia berada. Shahak menulis: “Israel ’belongs’ to persons who are defined bu the Israeli authorities as ‘Jewish’, irrespective of where they live, and to them alone.”

Dr. Israel Shahak menggugat, kenapa yang dipersoalkan hanya orang-orang yang bersikap anti-Yahudi. Sementara realitas pemikiran dan sikap Yahudi yang sangat diskriminatif terhadap bangsa lain justru sering diabaikan.

Adianhusaini.com

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | JCPenney Coupons